Tuesday, 8 December 2015

CIK MISSING ingin bercerita~~~

OK...ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA CERITA....
Siapa pernah dengar pasal KV or KOLEJ VOKASIONAL? Mesti ada yg berkerut-kerut memikior apebende lar tu kan? Ikut saya lar kv ni sebenarnya transformasi daripada smt or smv oleh pihak kerajaan/bptv. Kolej Vokasional telah diwujudkan sejak 2012 sehingga sekarang. Perbezaan paling ketara kv dgn smt/smv adalah ia menawarkan diploma vokasional selama 4 tahun. Bidang-bidang yg terdapat dlm kv juga pelbagai berbanding smt/smv. Selain itu, kv tidak menawarkan SPM......penggantian kpd SPM adalah BM SETARA yg merujuk kpd bahasa melayu yg sama seperti bahasa melayu SPM dan wajib diambil oleh semua pelajar kv. Buat pengetahuan yg lebih mendalam, para pembaca boleh melayari laman web bptv~~BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Ok let me story about my school..opps what I mean my kolej vokasional. HEHEHE! KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU itulah tempatku menuntut ilmu buat masa ini.

Image result for kolej vokasional balik pulau
pemandangan di kawasan kv balik pulau

Kolej Vokasional Balik Pulau menawarkan 5 bidang/kursus iaitu:
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Sistem Komputer dan Rangkaian
  • Reka Bentuk Grafik Industri (Media Cetak)
  • Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web
Bagi bidang elektrik dan elektronik kebanyakannya di monopoli oleh lelaki....mungkin sebab kerjanya agak kasar dan ganas. Terutama pelajar elektrik lagilar kena panjat itu kena pasang wayar kabel bagai. Kalau elektronik ia lebih kpd memasang komponen-komponen kecil seperti LED,transistor,buzzer dan lain2 lar berkaitan dgn cip bagai. Saya sendiri pun tak tahu nak terang camna. Yg penting kena ada MINAT.

Bagi bidang seterusnya, semua berkaitan komputer.....what I mean ICT. YA....ketiga2 bidang ni memang menggunakan komputer...jadi plg terbaik kalau siapa nak masuk ambil mahir menggunakan komputer. Saya sendiri mengakui lemah dlm bab2 komputer ni...sedihnya hidup~~ 
Siapa yg berminat ambil bidang sistem komputer dan rangkaian akan mempelajari luar dan dlm komputer, kena buka dan pasang komputer termasuk kabel, akan belajar mengenai software dan hardware senang cerita semua pasal komputerlah. Bidang grafik pula lebih mementingkan seseorang itu mempunyai kemahiran melukis....plg tidak pun basic melukis itu ada. Kena minat seni camtulah. Pada awal2 pelajar akan melukis menggunakan tgn bagi melatih mereka untuk melukis sebelum akan diajar melukis menggunakan komputer dgn perisian grafik seperti photoshop, AI dan sebagainya. Bukan itu jer...hehehe!  Ok..bidang pangkalan data or database pula pelajar akn belajar pasal HTML,buat jadual,buat game n web bagai....entahlah tak tahulah teman nak menerangnyer. 

Hmm.....penat dah saya berceloteh. Yg penting siapa yg berminat untuk masuk kena ada MINAT!! Lagi sekali ditegaskan kena ada MINAT~~!! 
OK bai wassalam~~~^_^

Tuesday, 13 October 2015

It's Study Week~~

Assalamualaikum.......dunia dan penghuninya!

YA.'''''saya tahu saya bagaikan hidup dan mati sama jer kan? YELAH jarang post entry and tup tup tiba-tiba post entry pasal study bagai kan? Hehehe..''.'. sejak dah hidup dlm 'dunia yg baru' lagi susah nak melalut dlm blog ni. Sejak 26/1/2015 saya dah masuk a new school what I mean KOLEJ VOKASIONAL'......huhuhu! Bidang apa? Takperlah malu nak story panjang2.
Sekarang saya tengah 'holiday sambil belajar'............hopefullylah hehehe! Minggu depan saya n the others ada exam teori......minggu lepas exam amali biasalah duk KV memang ada bezanya dgn sekolah biasa. Rasanya sekolah biasa pun tengah exam kan? So good luck untuk yg tengah struggle jawab exam paper tu same to me!! HeHeHe! Bai, wassalam!

Wednesday, 15 October 2014

GuEsS WhAt? PT3 IS OVER! ALHAMDULILLAH!!


Alhamdulillah'.......hanya ALLAH yg tahu betapa happynya dirini!!
Bolehlah tutup buku kan?? Hehehe'...senangnya hidup. Bukan apa dah MERDEKA lah katakan.....

Mungkin ini bukanlah tentang pengakhiran yg gembira
Mungkin ini tentang sebuah cerita

Sebenarnya dlm hati ni risau jugak akan keputusan nanti. Tawakal dan redha jerlah yg mampu. Semoga dapat yg baik2 dan lulus keputusan PT3'......AMIN!

Wednesday, 3 September 2014

I LOVE ART


Hello, dunia !! Hehehe'.'.'.sori2 sepatutnya ucap assalamualaikum dulu ini tak main'.'. sergah jer! Ok saya tahu dah lama saya tak update anything kat blog ni , , , ,"> _ <
EH EH'.'.'.APATUU.......KAT ATAS TU! Hahaa'.'.'.itu buku yg saya pinjam dari pusatsumbersekolah. Pinjam ok bukan main ambil lepastu buat2 tak bersalah keluar terus pusat sumber! Cantik kan pokok pisang tu'.'.'.kalaulah saya pandai lukis macam tu pergh ,boleh jual untung beratus2. Saya sebenarnya seorang yg berjiwa seni jugak ,suka seni tapi bukanlah pandai sangat melukis ni.
Saya lebih suka melukis daripada buat catan guna2 colourwater bagai. Dalam buku ada banyak cara atau teknik melukis menggunakan pelbagai alat seperti pensel ,arang ,kapur dan lain2 Buku ni sesuai kepada budak macam saya yg nak try belajar dan kpd pelukis pro pun boleh refer buku ni'.
Nanti insyaALLAH saya post pasal isi kandungannya kat korang tau! OK ,bai!


Monday, 14 July 2014

Puisi Tepi Jalan oleh FYNN JAMAL


Assalamualaikum wahai blogger semua!! Huhuhu'.'.'.dah lama tak post entry. OK , today sebenarnya saya takda story nak cerita kat korang....just nak cakap sikit pasal satu buku ni.
PUISI TEPI JALAN ,satu nama yg ringkas tapi penuh makna. Beratus puisi tapi tak semua memahami. Hanya yg ingin merasai kelainan daripada novel 'cintan-cintun' yg belambak kat kedai-kedai buku yg berdekatan dan jauh.
HAHAHA!!! Yg peliknya ada satu puisi tu pendek giler, satu perkataan jer! Tapi takper ada makna yg tersurat dan tersirat tu....
Pelik2 pun...buku ni bestseller jugak. Saya sendiri pun tak habis baca lagi maybe memang takkan habis...huhu. Ini pun bukan buku saya tapi pinjam kawan yg jadi 'budak baru' Sebelum mengundur diri saya nak post salah satu puisi dlm buku ni.''.'.'.'.

CINTA KAWAN
masih tetap mahu di sini ,
memasak kaki , menyembah bumi.
masih gagah bersama di sini ,
memancang kudrat , mengharungi duniawi.
kawan itu ada ramai , sayang.
kamu ambillah dan lambungkan2kan.
dan andai dilempar ke langit seberang, 
aku pungutkan dan aku timang-timangkan.

kawan sampai mati.
ini satu janji.

Tuesday, 24 June 2014

puasa2



Assalamualaikum..! Hehehe...sori dah lama saya post entry...yelah budak barulah katakan. Semenjak dah mula "musim buka buku balik" ni saya telah 'diculik' akan kesibukkan dan ketiadaan idea untuk menulis kat sini...
Hmm...puasa2.... siapa tak habis ganti puasa lagi? Angkat tangan! Haha...mesti ada yg tengah puasa ni kan? Ahad ni insyaallah start puasa, korang semua dah ready ke? 
Sempena nak masuk bulan RAMADHAN ni sebaiknya kita persiapkan diri kita dgn amalan yg banyak, bukan bila start puasa baru nak buat amalan baik..k? *tuju pada diri sendiri jugak*~~Org yg layak menghadapi malam LAILATUL QADAR itu adalah org yg sentiasa berbuat amalan sebelum dan semasa ,ramadan bagi persediaan menghadapi lailatul qadar...
Sesungguhnya pada bulan ramadan semua pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya.....
Semua syaitan dan jin diikat....yg tinggal hanya nafsu kita. Jadi kita kena kawal nafsu kita daripada melakukan perkara tidak baik dan maksiat..
Nak cakap panjang karang pun bukannya saya pandai dlm hal agama ni sangat.....saya sendiri pun ada kekurangan....;)
WASSALAM....

Tuesday, 10 June 2014

yuhuuu....anybody there?~

Hello

Assalamualaikum....hai,hello! Teragak-agak nak tulis apa...hehe :) comel kucing ni selfie macam korang yang tengah baca ni.. 

Disebabkan saya budak baru dalam benda 'alah' ni, saya nak korang jgn buli saya tau....(aduh!ayat nerd giler) i'm speechless sekarang ni...alah faham2 jelah budak baru memang takda benda nak tulis...takda idea! Saya taklah aktif sangat dgn blog ni...sebab saya takda wifi, susah kot nak topup broadband selalu..huhu~~ Ok saya nak out dulu...bai assalamualaikum.. ;)